Saturday, August 14, 2010

kurang tidooo

mata bawah dah hitam... badan dah penat... otak dah letih... bila la aku nak dapat tidur yang nyennyak.... haiii... tak tauu la bila lagi.... penat penat penat.... otak pun dah blur jerrrr.... dah tak ada idea nak tulis apa lagi.... ok la masa untuk aku merehatkan badan dan otak ni..... k bye.... nak tido dulu... yea saya nak tidur sepuas-puasnya.... wahai mimpi datangla temani tidur malamku... hanya mimpi yang indah sahaja..... hummmmm

pening-pening

Assingment, quiz, test, presentation.... dah menjadi lumrah sebagai seorang pelajar yang bergelar seorang mahasiswi.... walau pening bagai pun terpaksa la juga menghadap benda-benda alah tu.... hebat betul bergelar seorang mahasiswi... bukan lah boleh dipandang enteng sahaja... banyak tanggungjawab yang perlu dipikul... dan banyak jugalah harapan yang perlu digalas... AMANAH adalah satu perkataan yang membawa maksud begitu besar bagiku... aku perlu menggalas berbagai amanah yang telah dipikulkan dibahuku... aku perlu membuat segalanya dengan baik... dan yang paling penting aku perlu menjaga maruah ku, ibubapa, sanak saudara... nasihat ayah masih terpahat kukuh di ingatan... 'along jaga nama baik keluarga, jangan malukan ayah dan ibu, jaga nama baik ayah dan ibu, along boleh buat.' Terharu bila aku mengenangkan betapa tingginya harapan ayah dan ibu terhadap diriku.. insyaallah walau penat atau pening mana pun aku akan usahakan hingga aku dapat membahagiakan hati kedua ibu bapaku.... aku juga akan buktikan yang aku boleh menjadi seseorang yang berjaya di dalam kalangan yang lain... aku ingin menjadi contoh yang terbaik buat adik-adikku.... yessss keep it up jangan pening-pening.....

kehidupan baruku

Bermulalah episod baru dalam hidup aku. Aku semacam bermimpi... tolong lah sesiapa mengejutkan aku dari mimpi ini. Macam tak percaya je... kini kaki ku telah menjejaki kawasan menara gading yang dah lama aku impikan... betapa cepatnya masa berlalu... bermacam-macam perasaan yang aku dapat rasakan kini... gembira, sedih, terharu dan bersyukur sesangat. Sedih...memang teramat sedih untuk berpisah dari keluarga tercinta... setelah sekian lama aku di bawah jagaan ayah dan ibu kini aku perlu berdikari sendiri mengaturkan hidupku di sini tiada sesiapa lagi yang kan menjerit atau membebel bagi mengingatkan aku tentang kehidupan ini.... aku amat merindui suara ibu yang akan mengejutkan akku dari tidur setiap pagi tetapi kini hanya kedengaran bunyi loceng jam yang amat membingitkan telingaku... itu lah orang selalu kata jika kita berpisah jauh dengan seseorang itu baru lah kita kan menyedari betapa berharganya insan itu pada diri kita... Kini aku amat merindui ayah dan ibuku.... aku juga mat merindui gelak-tawa dan tangisan adik-adikku... jika kami bertiga berjumpa mau jadi perang dunia... tapi bila berjauhan perasaan rindu tu memang tak bolehh tepis... walaupun kami suka bertengkar tapi perasaan kasih-sayang di antara kami masih kekal menebal dalam diri masing-masing... aku rindukan rumah ku... aku rindukan zaman persekolahan ku... dan kini barulah aku menyedari betapa aku menghargai sekolah yang selama 11 tahun aku menghabiskan sebahagian hidupku di sana... aku amat merindui masakan ibu dan tok... selepas habis spm aku sempat menetap selama 5 bulan lebih bersama dengan tok dan tok wan... memang satu jangka masa yang agak lama... aku amat merindui semua orang yang aku sayangi... tak sabar rasanya hendak berkumpul ramai-ramai... semestinya meriah....hmmmm....

kekecewaan yang takkan dapat diubati

Sudah agak lama aku tak update blog ni. Sawang tok sah cakap la,dah berpintal-piantal dah. Kadang-kadang tu ada juga rasa nak buka blog ni tapi tulah sebagai seorang manusia biasa aku pun tak terlepas dari sikap malas...asal jari-jemari ni dah terletak cantik atas keyboard mula la setan ni nak menghasut... haisy tula sampai sekarang tak update-update blog aku ni. Ok lah asyik dok membebel je... sampai bila pun tak habis... kat sini aku nak berkongsi tajuk yang bunyinya agak dahsyat la juga... tapi tak boleh lawan kedahsyatan yang melanda hati aku ni... Al-kisah cerita ni bermula dengan seorang manusia yang dulunya seseorang dalam hidup aku tapi sekarang ni huh boleh jalan daa... aku terlaludan teramat la benci dengan dia ni. Tak kira la perangai, percakapan,tingkah laku ke...apa-apa je berkenaan dengan dia memang boleh bikin hati aku bergelegak panas... bagi aku perangai dia sememangnya totally berubah... makin lama aku merasakan dia semakin jauh dari aku... kadang-kala aku ada juga terfikir alangkah bahagianya hidup aku kalau tak jumpa seseorang macam dia ni... dia banyak mengucar-kacirkan hidup aku... aku tak pernah rasa tenang bila berada di samping dia... dia boleh dikategorikan sebagai manusia yang lupaorang lain bila dia dah berjumpa dengan somebody yang dia rasakan lebih sesuai dengannya...yang lama pun dia akan buang dah tak berguna lagi...kiranya dia ni bukan la seseorang yang kita boleh harapkan dalam masa kesusahan...dalam masa kita senang baru la dianak menyendeng dekat kita... lagi satu aku paling benci bila seseorang tu minta pertolongan then orang tolong dia... kemudian bila orang yang tolong dia perlukan bantuan dia langsung tak tolong... itu la ciri-ciri orang yang aku paling benci... bagi aku dia dah jauh berubah dari diri dia yang dulu...kadang-kadang aku berasa berbulu je bila dengar suara dia... suara dia betul-betul menyakitkan telinga aku... then perangai dia pula tak payah cakap la betul-betul gedik pada pandangan aku... Aku banyak memendam rasa dan tersinggung dengan dia... lama-lama boleh jadi mental aku... aku dah lama bersabar dengan dia tapi kesabaran aku pun ada hadnya... dia jangan ingat boleh ambil mudah dengan aku... diatak kenal sebetulnya lagi siapa aku...aku takkan sesenang itu nak bagi orang pijak kepala aku... tunggu la satu saat nanti Allah itu ada dan dia la yang akan hitung seadil-adilnya... jangan ingat tanpa diaaku tak boleh hidup... dan lagi satu jangan ingat dia tu terlalu penting bagi aku... heiii excuse me who are you... kau tu bukan sesiapa... alhamdulillah akuu masih ada Allah, familay aku dan insan sekeliling yang masih sudi menyayangi aku adanya... bagi aku sukar untuk aku memaafkannya kerana dah lama aku makan hati dengannya... dan aku amat yakin dengan hati aku yang aku takkan dapat memaafkannya sampai bila-bila..... aku     BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII     kau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 9, 2010

hanya teguran

Tersentuh hati apabila aku terbaca entri adikku syakirin... selama ni memang kami selalu berkongsi segala suka duka kami bersama. Aku berasa bangga apabila secara tidak rasminya diumumkan sebagai orang kepercayaannya. Aku tidak mengerti mengapa di dunia ini ada juga sesetengah orang yang sanggup menikam belakang kawannya sendiri. Aku bukannya nak menyebelahkan adikku... tetapi pada apa yang aku dengar dan kesimpulan yang dapat aku buat adalah... mungkin mereka ini seorang yang hanya peneman di masa senang dan bukannya ketika susah. Adikku sudah melakukan apa yang patut dia buat tetapi apa hasilnya... lagi menyakitkan hati... aku tidak suka melihat hati adikku disakiti dan aku tidak suka jiwanya terganggu dengan perkara yang tidak membawa sebarang manfaat kepadanya... kepada orang-orang yang telah membuat hati adikku terluka kalian seharusnya mencermin diri kalian terlebih dahulu sebelum kalian mengkritik atau menasihati orang kerana diri kalian juga sudah semestinya mempunyai keburukan masing-masing. Jangan kerana dia seorang yang pendiam dan seorang yang tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan apa yangdia rasakan kalian boleh berbuat sesuka hati. Sedarlah dengan apa yang kalian lakukan, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar... satu hari nanti kebenarannya akan muncul jua... amin...

Friday, June 4, 2010

Bersama Selamanya

Hari ni aku mendapat satu khabar dari seorang insan yang memang sangat rapat dengan diriku. Khabarnya dia berjaya mendapat tempat di UiTM kuantan, pahang... alhamdulillah akhirnya dia berjaya juga melangkahkan kaki ke menara gading.Itulah harapan kami bersama sejak dari kecil lagi. Walaupun kami tidak mendapat tempat di negeri yang sama... p/s: aku di UiTM sri iskandar, perak... haish nak interframe gak kat sini heheh... tetapi keutuhan hubungan antara kami tidak akan terputus selamanya... dialah antara sepupuku yang paling rapat. Dialah tempat aku mencurahkan segala cerita suka dan duka... dia seorang yang penyabar, memahami dan kadang kala gila-gila sedikit walau apa pun dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan banyak membimbing aku supaya tidak tersasar laluan... aku telah menganggapnya seperti sebahagian dari diriku kerana dialah sebahagian kisah duka dan kisah sukaku... bagiku tiada lagi yang sepertinya... walau datang seribu orang penganti tidak akan sama dengan seorang Fatin Ilyana... Walaupun kami adalah sepupu tetapi aku jarang berjumpa dengannya mungkin kerana kekangan masa yang ada tidak mengizinkan kami untuk berjumpa. Doa dan telefonlah yang menjadi penghubung antara kami supaya kehadiran antara satu sama lain masih diingati... aku doakan supaya kau sepupuku yang rapat akan berjaya di dalam setiap lapangan yang bakal kau ceburi... ingat Allah.. kerana dialah sentiasa bersama kita... insyaallah aku di sini akan teruskan usaha ku untuk mencapai segala impian yang kita pernah janjikan dahulu... janji adalah amanah, amanah itu akan tetap aku tunaikan... insyaallah berkat usaha dan doa kita akan mencapai apa yang kita impikan... Amin...

Wednesday, June 2, 2010

Haru - Biru

Sudah agak lama aku tak update entri - entri aku... memang pada masa sekarang ni otak aku kosong untuk memikirkan sebarang tajuk yang bersesuaian... kebelakangan ni aku sibuk menguruskan beberapa experimen yg memerlukan perhatian aku... penatnya!!! Tapi nak buat macam mana aku perlu teruskan juga kehidupan aku seharian... aku pening kepala bila teringat kawan-kawan yang lain dah selesai membuat persiapan untuk kemasukan ke universiti... aku??? Huh... satu apa pun belum selesai... kalau org lain dah siap 90%... aku plak baru siap 40%... kelam kabut juga jadinya... nasib baik la ada ayah dan ibu yang sentiasa ada di belakang anak-anaknya ketika dalam kesusahan... thanks to ayah dan ibu... jasa baik ayah dan ibu amat along hargai... lain kali boleh minta tolong lagi... ngeee...