Wednesday, June 9, 2010

hanya teguran

Tersentuh hati apabila aku terbaca entri adikku syakirin... selama ni memang kami selalu berkongsi segala suka duka kami bersama. Aku berasa bangga apabila secara tidak rasminya diumumkan sebagai orang kepercayaannya. Aku tidak mengerti mengapa di dunia ini ada juga sesetengah orang yang sanggup menikam belakang kawannya sendiri. Aku bukannya nak menyebelahkan adikku... tetapi pada apa yang aku dengar dan kesimpulan yang dapat aku buat adalah... mungkin mereka ini seorang yang hanya peneman di masa senang dan bukannya ketika susah. Adikku sudah melakukan apa yang patut dia buat tetapi apa hasilnya... lagi menyakitkan hati... aku tidak suka melihat hati adikku disakiti dan aku tidak suka jiwanya terganggu dengan perkara yang tidak membawa sebarang manfaat kepadanya... kepada orang-orang yang telah membuat hati adikku terluka kalian seharusnya mencermin diri kalian terlebih dahulu sebelum kalian mengkritik atau menasihati orang kerana diri kalian juga sudah semestinya mempunyai keburukan masing-masing. Jangan kerana dia seorang yang pendiam dan seorang yang tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan apa yangdia rasakan kalian boleh berbuat sesuka hati. Sedarlah dengan apa yang kalian lakukan, kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar... satu hari nanti kebenarannya akan muncul jua... amin...

Friday, June 4, 2010

Bersama Selamanya

Hari ni aku mendapat satu khabar dari seorang insan yang memang sangat rapat dengan diriku. Khabarnya dia berjaya mendapat tempat di UiTM kuantan, pahang... alhamdulillah akhirnya dia berjaya juga melangkahkan kaki ke menara gading.Itulah harapan kami bersama sejak dari kecil lagi. Walaupun kami tidak mendapat tempat di negeri yang sama... p/s: aku di UiTM sri iskandar, perak... haish nak interframe gak kat sini heheh... tetapi keutuhan hubungan antara kami tidak akan terputus selamanya... dialah antara sepupuku yang paling rapat. Dialah tempat aku mencurahkan segala cerita suka dan duka... dia seorang yang penyabar, memahami dan kadang kala gila-gila sedikit walau apa pun dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan banyak membimbing aku supaya tidak tersasar laluan... aku telah menganggapnya seperti sebahagian dari diriku kerana dialah sebahagian kisah duka dan kisah sukaku... bagiku tiada lagi yang sepertinya... walau datang seribu orang penganti tidak akan sama dengan seorang Fatin Ilyana... Walaupun kami adalah sepupu tetapi aku jarang berjumpa dengannya mungkin kerana kekangan masa yang ada tidak mengizinkan kami untuk berjumpa. Doa dan telefonlah yang menjadi penghubung antara kami supaya kehadiran antara satu sama lain masih diingati... aku doakan supaya kau sepupuku yang rapat akan berjaya di dalam setiap lapangan yang bakal kau ceburi... ingat Allah.. kerana dialah sentiasa bersama kita... insyaallah aku di sini akan teruskan usaha ku untuk mencapai segala impian yang kita pernah janjikan dahulu... janji adalah amanah, amanah itu akan tetap aku tunaikan... insyaallah berkat usaha dan doa kita akan mencapai apa yang kita impikan... Amin...

Wednesday, June 2, 2010

Haru - Biru

Sudah agak lama aku tak update entri - entri aku... memang pada masa sekarang ni otak aku kosong untuk memikirkan sebarang tajuk yang bersesuaian... kebelakangan ni aku sibuk menguruskan beberapa experimen yg memerlukan perhatian aku... penatnya!!! Tapi nak buat macam mana aku perlu teruskan juga kehidupan aku seharian... aku pening kepala bila teringat kawan-kawan yang lain dah selesai membuat persiapan untuk kemasukan ke universiti... aku??? Huh... satu apa pun belum selesai... kalau org lain dah siap 90%... aku plak baru siap 40%... kelam kabut juga jadinya... nasib baik la ada ayah dan ibu yang sentiasa ada di belakang anak-anaknya ketika dalam kesusahan... thanks to ayah dan ibu... jasa baik ayah dan ibu amat along hargai... lain kali boleh minta tolong lagi... ngeee...