Friday, June 4, 2010

Bersama Selamanya

Hari ni aku mendapat satu khabar dari seorang insan yang memang sangat rapat dengan diriku. Khabarnya dia berjaya mendapat tempat di UiTM kuantan, pahang... alhamdulillah akhirnya dia berjaya juga melangkahkan kaki ke menara gading.Itulah harapan kami bersama sejak dari kecil lagi. Walaupun kami tidak mendapat tempat di negeri yang sama... p/s: aku di UiTM sri iskandar, perak... haish nak interframe gak kat sini heheh... tetapi keutuhan hubungan antara kami tidak akan terputus selamanya... dialah antara sepupuku yang paling rapat. Dialah tempat aku mencurahkan segala cerita suka dan duka... dia seorang yang penyabar, memahami dan kadang kala gila-gila sedikit walau apa pun dialah yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan banyak membimbing aku supaya tidak tersasar laluan... aku telah menganggapnya seperti sebahagian dari diriku kerana dialah sebahagian kisah duka dan kisah sukaku... bagiku tiada lagi yang sepertinya... walau datang seribu orang penganti tidak akan sama dengan seorang Fatin Ilyana... Walaupun kami adalah sepupu tetapi aku jarang berjumpa dengannya mungkin kerana kekangan masa yang ada tidak mengizinkan kami untuk berjumpa. Doa dan telefonlah yang menjadi penghubung antara kami supaya kehadiran antara satu sama lain masih diingati... aku doakan supaya kau sepupuku yang rapat akan berjaya di dalam setiap lapangan yang bakal kau ceburi... ingat Allah.. kerana dialah sentiasa bersama kita... insyaallah aku di sini akan teruskan usaha ku untuk mencapai segala impian yang kita pernah janjikan dahulu... janji adalah amanah, amanah itu akan tetap aku tunaikan... insyaallah berkat usaha dan doa kita akan mencapai apa yang kita impikan... Amin...

No comments:

Post a Comment